Gambar UFO di ruang udara kuala lumpur !!

OBJEK terbang yang tidak dikenali atau UFO (dalam bulatan) dirakam di ruang udara Menara Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

UFO !

  
Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.Abdul Jalil Ibrahim, 50, berkata, pada kejadian pukul 7.46 pagi Selasa lalu, 

dia sedang merakam pemandangan awan dari tingkat 51 sebuah bangunan yang sedang dibina di sebelah sebuah hotel di Jalan Ampang di sini menggunakan telefon bimbit milik kawannya.

"Pada mulanya saya tidak menyedari ada objek pelik seakan-akan UFO (Objek Terbang Yang Tidak Dikenali) di dalam rakaman ini tetapi selepas empat hari, rakan setugas saya beritahu ada benda pelik pada gambar yang saya rakam dengan telefon bimbitnya.

"Apabila diteliti, saya terkejut melihat sebuah objek pelik berbentuk piring dan bujur berwarna hitam di ruang udara Menara KL," ceritanya lagi ketika ditemui Kosmo! semalam.
Bagaimanapun Abdul Jalil berkata, dia tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya objek berkenaan walaupun jarak tapak binaan dengan Menara KL hanya sejauh satu kilometer.


kredit : mummynemo

sumber asal : kosmo 


p/s :Hehe..hari ni start kerja..selamat pagi semua !! jangan lupa sembahyang subuh tau..!!

7 comments:

  1. Yer ker UFO...?
    ishh ish...
    mcm tak caye jerrr..

    ReplyDelete
  2. hahaha..yela tu..ntah2..photoshop.

    ReplyDelete
  3. berita ni heboh kat hotfm jugak hari ni..hehe..

    ReplyDelete
  4. tu laki bini gaduh kot kat flat seri wangi??..
    manalah tahu,kot2 piring,cawan,periuk,belanga terbang dilemparkan bini ket suaminya...

    ReplyDelete
  5. wah! tgk gmbar tu!
    kl tower hilang!
    berita gempar gak ni.
    ufo ambik ke? muehehe :D

    ReplyDelete

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (8) berita (28) besar-besar (14) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (29) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)