Gara-gara video seks anuar ibrahim,blog papagomo sesak dengan 6000 online users !!


Tengok buletin utama tv3 tadi,ada pembaca berita dia sebut papagomo.com dan panglima-harimau.blogspot.com,yang menyiarkan video seks anuar ibrahim..siap ada 3 part lagi..memang power la promosi tv3 ni..hehe...sapa-sapa yang nak traffik blog sesak macam blog dua orang ni,letak la video tersebut...haha..bos tak nak..takut blog kena hack nanti..bala tu bala....!!

Pembunuh bayi.

Tajuk bukan main gempak..haha..si pembunuh ni bukan bunuh bayi betul la..dia bunuh bayi kek..kek bayi....tapi cara diaorang potong kek ni macam tak berkenan la bos tengok..kesian bos tengok wajah bayi tu walaupun ianya hanya sebijik kek..kalau boleh jangan la buat kek macam ni kalau nak sambut hari jadi..nampak kejam sangat la..bawah ni bos sediakan 2 video potong bayi..video yang kedua tu boleh tahan menyayat hati jugak la..dulu pun bos da letak kek bayi ni..tapi gambar je..ni ha link dia kalau nak tengok.

Konsert yang tak akan sama sekali bos pergi..

Konsert yang tak pernah,dan tak akan bos pergi tengok..haha..korang nak pegi tak konsert macam ni?? nama band yang kat dalam gambar ni ialah "gwar"."gwar" ni salah satu band metal kat luar negara yang terkenal dengan kostum horor dan bebas..mereka juga gemar memancutkan penonton-penonton dengan cecair berwarna..so,sapa-sapa yang pegi konsert ni kena rajin cuci baju lepas habis konsert..macam kat dalam gambar bawah ni..hehehe..

Cara orang negara china menukarkan daging babi menjadi daging lembu.


Orang-orang negara china mempunyai kemampuan luar biasa untuk memalsukan pelbagai jenis produk yang ada di dunia ini..antara yang kita dengar baru-baru ni ialah telur palsu..baru-baru ni jugak telah dijumpai sebuah restoran kecil di jiangxi,fujian telah menukarkan daging babi kepada daging lembu untuk mendapat lebih keuntungan..
Ye la kan,daging lembu lagi mahal dari daging babi ni..diaorang hanya perlu menuangkan cecair yang telah dicipta oleh mereka ke atas daging babi tersebut dan dibiarkan selama 90 minit..selepas 90 minit daging babi tersebut akan kelihatan seperti daging lembu apabila dimasak...
Harap-harap,tak sampai ke negara kita la benda ni kan..takut-takut tak leh nak bezakan daging babi dengan daging lembu nanti..haha...kalau mentah,boleh la kita tau..takut-takut dibuatnya daging burger..tak ke naya makan burger babi..haram wooo....tekan readmore untuk tengok proses penukaran daging tersebut.

Drift kereta paling lama di dunia...haha...

Haha..dalam banyak-banyak drift,drift ni yang paling lama bos tengok..bagi yang minat sukan lasak kereta ni,tau la drift tu apa..siapa-siapa yang tak tau drift tu apa,boleh google sekarang..hehe...jom tengok video drift terpanjang dan terlama di dunia ni..kah kah kah..!!


p/s : panjang tak??? hahaha....tu namanya drift paling bangang di dunia..haha....


Keputusan perlawanan uefa champions league real madrid vs fc barcelona 2011


Yeah..!! walaupun real madrid bermain seperti di medan perang,barcelona berjaya memenangi perlawanan penting sebentar tadi..hehe...barcelona menang dengan 2 - 0..kedua-dua gol dijaringkan oleh lionel messi..fuhh.....laju giler si messi ni main..

dalam perlawanan ini,pemain real madrid pepe telah dilayangkan kad merah kerana tindakannya yang mengeluarkan seni mempertahankan diri dengan menerajang kaki pemain pertahanan barcelona daniel alves..apa yang bos nampak dalam perlawanan tersebut,real madrid seperti biasa akan menggunakan elemen-elemen keganasan untuk melemahkan mental pemain barcelona..kalau tak caya,cuba korang tengok kat youtube..diaorang bukan ambik bola,,,diaorang nak ambik kaki pemain barcelona..haha...

antara pemain-pemain real madrid yang terkurang ajar pada pagi ini ialah yang pertama,pepe diikuti adebayor,arbeloa dan sergio ramos..tak kurang juga si marcelo yang dengan selamber badaknya memijak kaki pedro pemain barcelona..oklah..taknak kutuk banyak-banyak pemain real madrid..kang kena maki fan real  pulak..hahaha.....!!! boooo......!!! padan muka kalah...main dahlah kasar..macam tuttt........video selepas readmore..gol-gol yang dijaringkan messi..perghh...

Model kereta audi yang diperbuat daripada kertas.

Comel betul model kereta ni.sekali tengok,mesti kita ingat kereta betul kan..haa...kalau nak tau macam mana diaorang ni buat..tengok video kat bawah ni..ambik masa yang lama jugak nak siapkan sebijik ni..bukan besar pun....kecikkk.....je...

UEFA champions league 2011 live streaming real madrid vs fc barcelona


Sudah semestinya pasukan pilihan bos barcelona....walaupun kecewa tak dapat piala raja sepanyol minggu lepas,bos yakin kali ni barcelona akan bangkit untuk memenangi piala uefa..hehe..kalau dapat final dengan man u best gak ni..boleh la man u balas dendam final 2009 dulu..ala...yang diaorang kalah 2-0 tu..hahaha..tak tau la kenapa bos anti sangat dengan pasukan man u ni..(man u = manchester united  lol..) ok la..sama-sama kita tengok pagi nanti pukul 2.40 pagi waktu malaysia..sambil-sambil tunggu 2.40 tu,leh layan blog kan..tak pun main game online.tembak-tembak musuh..haha..apa-apa pun,bos nak ucapkan padan muka real madrid,sebab merosakkan piala raja sepanyol yang diaorang menang tu dengan melenyek menggunakan bas pada minggu lalu..hehehe...jom layan video barcelona belasah real madrid 5-0.

Let's Make Malaysia the FB Capital of the World! 

Visca el barca !!! 


apa benda visca el barca tu?? hahaha....!!

Modifikasi kategori bijak,terlampau dan jimat wang.


Siapa-siapa yang bumper kereta dia pecah atau rosak teruk,boleh cuba cara ni..(kalau muka tak malu haha..) tak pakai banyak modal.rasa-rasa la kan,lulus puspacom ni...haha...!!

Senam muka dengan gambar ni kejap.


Hehehe..maharaja lawak..!!


Tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang islam..report si dajjal di facebook..


Jangan berlengah lagi..siapa-siapa yang tak tau cara nak report,ikut dalam gambar kat atas..gambar ni bos ambik dari blog milosuam.  makin ramai yang report,makin cepatla pihak facebook tutup akaun si gila ni...Eeee...benci betullah kes-kes macam ni...report jangan tak report tau...

Buffered earning oh buffered earning... ( nuffnang )

Tahun 2011 blog bos telah mendapat 5 buffered earning atau dalam bahasa melayu pendapatan terumpuk..gambar yang kat atas ni adalah buffered earning terakhir yang masih melekat..dan kalau korang semua nak tau,kesemua buffered earning blog bos ni tak ada ctr bonus..haha..entah macam mana la nak dapatkan ctr bonus tu kan...tetapi,selepas bos baca entri marina anak cik bob,bos pun cuba la praktikkan apa yang dia tunjukkan..nak tunggu kesan dia lepas ni macam mana..kepada nuffnang,terima kasih banyak sebab kasi buffered earning kat blog ni k..dapat la beli pampers anak dua tiga ketul..hahaha....!!


ni la buffered earning tu...hehe..


Payudara besar tak semestinya bagus..

Lama sungguh rasanya tak buat entri baru ni..hehe..demam melanda diri lagi..lepas ni nak gi klinik lagi,nak ambik antibiotik..ok..berbalik kepada tajuk kita,iaitu payudara besar tak semestinya bagus..bos percaya,ramai dikalangan lelaki kat dunia ni suka wanita yang mempunyai payudara besar ni..haha..sebelum melalut lebih jauh,baik korang tengok video ni..malu wei...hehehe...


Intan najihah binti junny | hilang !!


INTAN NAJIHAH BINTI JUNNY
14 Tahun

Hilang Sejak 14 April 2011

Jika anda mempunyai maklumat mengenai pelajar ini,

Sila hubungi

En. Junniy
019 367 9499 @ 017 310 9973

sumber: perelih.blogspot / wadah panglima

Wartawan memusnahkan istana pasir.

Istana pasir ni memerlukan 16 jam untuk disiapkan..bayangkan perasaan lelaki yang membina istana pasir ni ketika wartawan gedik ni menghempap binaan nya...wartawan ni pun satu..gatal-gatal nak berdiri atas baldi tu buat apa..kalau bos,dah lama bawak balik rumah wartawan ni..kasi dia minum breeze..hahahaha...!! 

p/s: readmore.

Pencetak kopi..cool !!

Sebelum ni bos ada buat entri lukisan atas kopi.sekarang baru bos tahu,bagaimana diaorang buat lukisan kat atas permukaan air kopi tersebut.memang terer la robot yang diaorang cipta ni..dan yang paling penting,dah sah-sah mahal kalau kopi ada lukisan ni kan..hehe..

Pengawal pintu utama markas tentera vietnam.


Tentera dalam gambar ni dilihat oleh penduduk tempatan berdiri tanpa bergerak sedikit pun selama beberapa jam..mereka yang melihat kejadian ni merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan tentera tersebut.korang nak tau apa yang terjadi dekat pengawal ni,tekan readmore..

Orang amerika syarikat tak bodoh ?

Ok..hari ni kita semua akan tengok sama ada rakyat amerika syarikat kebanyakkannya bodoh atau pandai..bodoh di sini bermaksud,diaorang ni kebanyakkannya kurang pengetahuan tentang dunia luar..sebagai contoh,korang boleh lihat video kaji selidik yang dijalankan di negara tersebut..kesian pulak bos tengok jawapan-jawapan yang diberikan oleh diaorang ni..ada ke patut tembok berlin dia cakap kat israel..hahaha...!! ada pulak yang kasi jawapan segitiga ada 4 sisi...ish-ish-ish....

Peminat setia penyampai berita cuaca..hehe..


Haha..jangan pandang sebelah mata dengan penyampai berita cuaca ni tau..siap ada peminat setia lagi..dah bagi tandatangan pun dia tetap tak nak berganjak dari kamera..hehe...rasa nak tumbuk je muka peminat lucu ni..kah kah kah..!!



p/s : rasa-rasanya.kat malaysia ni pun ada peminat pembaca berita cuaca ...hehe..


Pakai topeng kalau nak mencuri duit dalam mesin atm.

Haha..tajuk dah macam blog mengajar pencuri mencuri je kan..kepada pencuri atau perompak-perompak di luar sana,kalau korang ingat mesin atm ni boleh dikopak sesuka hati,korang silap..bukan setakat bilik tu je ada cctv,dalam mesin atm ni pun ada cctv tau...haha..contoh perompak yang bangang yang merompak tak pakai topeng ni..senang je polis cari dia..clear sungguh wajah beliau..hehe...

Telur dua dalam satu !!


Pelik bin ajaib..!! telur dalam gambar di atas ( sebelah kiri tu hah.. ) mempunyai saiz yang luar biasa.ini kerana di dalamnya ada kembar seiras..haha...bukan kembar telordibasuh ek.. dikesempatan ini,bos nak ucap selamat hari jadi yang ke-1 tahun untuk telordibasuh.hehe...blog bos pun genap 1 tahun agaknya..bulan april jugak..cuma tarikh tak ingat..huhu....

Pelakon extra murahan

Bagi mengelakkan budget yang berlebihan,diaorang ni menggunakan patung plastik sebagai pelakon tambahan..haha..mana tak nya,kalau perlu 800 ke 900 orang pada satu-satu masa..khidmat patung ni diperlukan bila ada scene sorak-menyorak kat mana-mana event..kena tipu hidup-hidup kita rupanya ek..muka sama semua pulak tu..hahaha....!! teringat masa main PS gusti dulu..muka penonton semua sama..

Jangan main-main dengan gam ok..merbahaya..

Inilah akibatnya bila memandang rendah keupayaan gam ataupun super glue ataupun gam gajah dan semua gam yang super-super..haha..lelaki dalam gambar ni,telah melekatkan satu aksesori di atas kepalanya pada malam halloween dengan menggunakan super glue..malang bagi dirinya apabila pada keesokan pagi,dia gagal menanggalkan aksesori yang terlekat di kepalanya..ke hospital le jawabnya..hehe..nak tengok macam mana doktor tanggalkan benda kat kepala dia ni,readmore untuk tengok video.

Taman permainan lucah

Gambar terpaksa dikecikkan sebab tak sesuai untuk yang bawah umur..hehe..bagi kanak-kanak yang main kat taman permainan ni confirm diaorang tak perasan kan..haha...kalau ada la taman permainan macam ni kat malaysia,mau kena bakar ni...kito bakor !! kito bakor !! ini la pentingnyer seks education ~ ~ ~ ( usop wilcha style)

Klon-klon laman web terkenal di dunia

Hambek kau...haha..bukan vcd,dvd je cetak rompak tau..laman web pun ada jugak..sebijik-sebijik tiru pulak tu..dari tulisan yang bos tengok dalam gambar di atas,nampak macam tulisan cina tak pun jepun.kalau tulisan cina tak hairan sangat sebab diaorang ni memang dah terkenal dengan menciplak jenama terkenal.kalau nak tengok hasil ciplak negara china ni,klik kat sini .jepun pun ada jugak tersenarai dalam ni kot..cuba korang tengok laman web youku tu..mirip laman youtube.kilik readmore la kalau nak tengok.

Cara membuat angsa menggunakan buah epal.

Hari ni kita belajar buat angsa dengan menggunakan buah epal k.cara ni mungkin akan menarik minat anak-anak yang tak suka makan menjadi anak yang gila makan..haha..budak kecik kan suka benda-benda menarik...tutorial kali ni menggunakan video ye..takda gambar.lebig senang kalau guna video ni..tapi kurang senang bagi yang line tenetnyer slow..hehe....readmore ek..

Menara lego terbesar di dunia

Selama lebih 2 tahun chile memegang rekod membina menara lego terbesar di dunia..brazil berjaya mengambil alih takhta tersebut dengan perbezaan 10 inci je..ketinggian keseluruhan menara lego ni ialah 31.19 meter..sebanyak 500 ribu lego digunakan dan selama 4 hari untuk menyiapkan menara lego ni..korang tengok sendiri video bawah ni.

Lelaki memang baik tau...hehe...

Bila lelaki buat salah.
Bila perempuan pulak buat salah.

Lebih kurang je kan..haha..lelaki jugak yang kena mintak maap..lelaki macam ni la bagus buat laki..haha...!!

p/s : bagi korang yang lelaki kat luar sana tu,cuba kalau laptop jatuh ke,kereta korang kemek disebabkan isteri terlanggar pagar rumah ke,rasa-rasa korang ke yang mintak maap?? haha...


Failbook

Hehehe..gambar kat atas ni sebenarnya gambar yang telah diubah untuk hiburan manusia-manusia yang ada di dunia ni..haha...troll face vs forever alone..kalau korang tengok dengan teliti,titik putus biru tu tak bersambung dengan wajah forever alone..haha..memang forever alone sesangat la kartun ni..forever alone ni sinonim dengan si telor tau..haha..!! telor banyak kasi trafik kat blog bos ni..tengkiu telor petpet..



Lidah manusia terbesar di dunia !!

Selamat pagi...pagi-pagi sebelum subuh ni,marilah kita layan gambar dan video manusia berlidah besar..takut pulak bila tengok lidah dia ni lama-lama..haha..nama lelaki yang berlidah besar ni belum dapat di kenal pasti sebab belum tercatat dalam buku rekod dunia..kira tak rasmi la ni..tapi memang besar gila lidah dia..!

Maharaja lawak minggu ke-2

Kepada sesiapa yang terlepas atau tak tengok maharaja lawak malam tadi,kat sini bos sediakan beberapa video kumpulan pilihan bos.kalau nak tengok aksi semua kumpulan,boleh pegi kat SINI.kebelakangan ni bos tersangat lah sibuk-menyibuk.tu la pasal blog tak update..ni pun tengah sibuk jugak.curi masa sikit.hehe..k,sampai disini saja hari ni,wasallam......ops.tekan readmore kalau nak tengok videonyer......

Potret atas roti

Nampak sedap potret ni kan...roti yang pelukis ni pakai ialah roti yang telah dibakar..manakala cat yang dia guna untuk lukis gambar tu ialah coklat ..hehe...dah sah-sah boleh makan ni...asyik nak makan je..mana tak perut semakin subur..hahaha...!!

Buffered earning time takda mood nak buat entri baru



Nuffnang........kali ke-2 dapat BE bulan ni..masa bos tak banyak sangat depan komputer nak buat entri..rasa sungguh rugi..haha...dah bunyi pantun pulak kan...apa-apa pun,terima kasih nuffnang.lepas ni nak pegi memancing udang galah lagi..hahaha...!! syok rasanya bila berjaya naikkan udang ni..rasa tenang je...tunggu mood udang galah hilang,baru la ngadap blog lagi..kepada yang sudi singgah kat blog ni walaupun tanpa entri baru,bilionan terima kasih dari bos k..hehe....



KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (8) berita (28) besar-besar (14) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (29) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)