Awasi pemakanan anak anda


Perhatikan budak perempuan yang berada di kiri sekali dalam gambar di atas..kepada ibu bapa sekalian,sila jaga pemakanan anak-anak korang.jangan main bagi je..takut-takut jadi macam budak ni..sapa yang susah? anak korang jugak......














Awasi pemakanan anak anda

Menangkap ikan paus tanpa pukat


Alat-alat yang diperlukan hanya buluh runcing,pisau,parang dan tali..tak ketinggalan jugak beberapa orang dewasa yang kuat..haha.....









Menangkap ikan paus tanpa pukat

Hina sarawak dan sabah




Satu soalan je.  " Lisa_Rosli93 sekolah sampai darjah berapa?? " hehehehe..........




sumber : apekblogger

Lisa_Rosli93 sekolah sampai darjah berapa



Awas !! mee goreng dibuat dari chopstik

Berniaga nak untung lebih je..harap-harap kejadian seperti ni tak terjadi di negara kita.bekas chopstik yang terpakai dan dibuang dikitar semula menjadi mee.di bawah ini kita tengok proses pembuatan mee goreng dari chopstik.


Chopstik dipotong kecil-kecil.



Ditambah garam dan air.



Ditambah sedikit tepung dan penambah rasa.



Direbus selama 15 minit.



Diletakkan didalam bekas kedap udara dan dibiarkan selama 2 hari.



Hasil setelah 2 hari.



Digoreng dan siap dihidangkan..


Nampak macam mee betul je kan..macam mana la nak tentukan yang mana palsu dan yang asli..huh..!!

di bawah ini kita tengok proses pembuatan mee goreng dari chopstik

Penyanyi asal lagu tema doraemon


Siapa yang tak kenal doraemon angkat tangan..haha...selama ni bos sangkakan budak kecik yang nyanyi lagu doraemon..tapi sangkaan bos meleset...jom tengok penyanyi yang menyanyikan lagu tema doraemon ni..To te mo dai suki do rae mon ~ ~ ~ 




penyanyi yang menyanyikan lagu tema doraemon

Ayah dalam hidupmu




Bagi seseorang yang sudah dewasa,
sedang jauh dari kedua orang tua,
akan merasa rindu dengan ibunya.

Bagaimana dengan ayah?

Mungkin kerana ibu yang selalu menelefon bertanyakan khabar dan keadaanmu

Tapi tahukah kamu,
Ayahlah yang mengingatkan ibu supaya menelefonmu.

Semasa kecil,
ibulah yang selalu bercerita.
Tapi tahukah kamu bahawa ayah yang pulang dari bekerja dengan wajah lelah selalu menanyakan pada ibumu apa yang kamu lakukan seharian di rumah.

Saat kamu sakit,batuk,
ayah mengherdik
"orang cakap jangan minum air ais,minum jugak !!"
Tapi tahukah kamu ayah sangat bimbang kamu sakit?

Ketika kamu remaja,
Kamu meminta izin keluar malam.
Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh !!"
Sedarkah kamu bahawa ayah ingin menjaga keselamatanmu?

Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat berharga.

Ketika kamu sudah boleh dipercayai,
Ayah melonggarkan peraturannya.
Kamu akan pulang lewat malam ke rumah.

Maka ayah akan menunggu di ruang tamu dengan sangat bimbang.

Ketika kamu dewasa dan terpaksa belajar di rantau orang.
Ayah harus melepaskanmu.
Tahukah kamu yang badan ayah terasa kaku untuk memelukmu?

Dan ayah sangat ingin menangis.
Disaat kamu memerlukan itu-ini untuk keperluan belajar, ayah hanya mengerutkan dahi.
Tapi tanpa menolak ayah tunaikan juga.

Saat kamu berjaya sebagai seorang mahasiswa.
Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.
Ayah akan tersenyum dan bangga.

Sampai ketika pasanganmu datang meminta izin mengambilmu dari ayah,
ayah akan berhati-hati dalam memberi izin.

Dan akhirnya..
Saat ayah melihatmu duduk dipelamin bersama seorang yang dianggapnya sesuai dengan mu,
ayah tersenyum bahagia.

Adakah kamu tahu,
Ayah sempat pergi ke belakang dan menangis??

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.

Semoga putra kecilku yang manis berbahagia bersama pasangannya..

Setelah itu,ayah hanya mampu menunggu kamu datang bersama cucu-cucunya yang sesekali datang menjenguk.

Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjagamu
♥ ayah

(Sebarkan jika kamu sayang ayah kamu)



Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjagamu

Nyamuk kencing ketika menghisap darah



Serangga penghisap darah seperti nyamuk berkelakuan aneh ketika menghisap darah.penyelidik mendapati nyamuk kencing terlebih dahulu sebelum menghisap darah dan semasa menghisap darah..cecair yang dikeluarkan nyamuk ketika menghisap darah adalah darah..haha..macam mana nak kenyang macam tu kan..isap buang isap buang..



Penyelidik mendapati nyamuk kencing terlebih dahulu sebelum menghisap darah dan semasa menghisap darah

Cara memasak mee segera dengan betul


1.Masak air sampai mendidih




2.Masukkan mee segera

Masukkan mee semasa air mendidih.kalau belum mendidih,jangan masukkan dulu. 



3.Kacau mee pada 1 setengah minit pertama dengan ganas..hehe..

teruskan mengacau mee tersebut supaya bahan kimia yang terdapat dalam mee tersebut tertanggal.untutk pengetahuan semua,bahan-bahan kimia yang terdapat dalam mee segera ni adalah seperti lilin,zat pewarna,zat pengawet dan banyak lagi zat-zat kimia yang berbahaya untuk tubuh kita.menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai..bukan bos sendiri yang kaji tau..kang tak pasal-pasal kena saman. 



4.Buang air rebusan mee.

Perhatikan air rebusan dalam gambar di atas.kuning dan keruh tersebut adalah bahan-bahan kimia yang berbahaya. 



5.Masukkan mee ke dalam air sejuk dan rebus lagi untuk kali yang kedua.

Teruskan mengacau mee tersebut untuk menanggalkan lagi sisa-sisa kimia.kali ni rebus dalam 1 minit je. 



6.Ambil mee dan hidangkan.

Bagi mee goreng,seperti biasa tapis dan gaulkan dengan perencah.Bagi mee yang berkuah,buang air rebusan kali kedua tadi dan gantikan dengan air panas yang dalam termos tu.Nak lagi sedap letak la sayur ke daging ke,udang ke.. 



Sumber gambar dari google.


Nampak macam lambat dan buang masa nak rebus dua tiga kali.tapi bila bos fikirkan untuk jangka masa panjang kesihatan tubuh badan,maka bos pun mula praktikkan cara masak mee segera ni.Sekian terima kasih.. :)


Budak umur 2 tahun suka makan abu rokok

Seorang budak berumur 2 tahun yang berasal dari tangerang,banten indonesia ini memiliki selera yang luar biasa iaitu gemar makan bedak dan abu rokok.. wah... kes eksotik ni..haha.. putra maulana akan mengamuk sekiranya dilarang ibu bapanya makan abu rokok ni.macam-macam hal..saksikan video dan gambar putra maulana ni menjamu selera bedak dan abu rokok.










sumber : trijayanews.com



putra maulana akan mengamuk sekiranya dilarang ibu bapanya makan abu rokok

Suami gagal masukkan buah zakar

Klik gambar untuk tumbesaran

Macam-macam hal...haha..

sumber : Ariffin



Suami gagal masukkan buah zakar

Hukum menyambut hari jadi dan meniup lilin

Gambar google

Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?





Sumber: Al-Azhar Ad Din

Hafiz juara anugerah juara lagu ke 26


Sejarah baru dicipta..penyanyi berasal dari sarawak yang berjaya menjadi juara anugerah juara lagu ke 26 dengan lagu awan nano..tahniah kepada hafiz..dua tahun berturut-turut vokal terbaik..syabas !!








Sejarah baru dicipta..penyanyi berasal dari sarawak,Hafiz AF telah berjaya menjadi juara anugerah juara lagu ke 26 dengan lagu awan nano nya

Sharifah amani hampir dirogol


Ketika Sharifah Amani sedang menyiapkan tugas hariannya di studio baru-baru ini, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali serta telah mencium pelakon bertubuh kecil molek itu.

Kejadian yang berlaku di studio, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia turut mengejutkan ramai pihak terutama beberapa orang yang menyaksikannya sendiri. Tidak lama selepas itu muncul teman wanita lelaki berkenaan di lokasi itu. Ia menyebabkan pergaduhan besar telah berlaku.

Begitulah aksi salah satu babak lakonan Sharifah Amani bagi watak Siti dan Shashi Tharan (Bootyslap) yang terdapat dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, Appalam di UPM.

Menariknya, Appalam terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu adalah filem Papadom versi Tamil Malaysia yang banyak mengguna pakai bahasa Inggeris, Tamil dan Melayu sebagai dialognya.

Menurut Afdlin, Appalam banyak mempunyai persamaan dengan Papadom termasuk jalan cerita dan lokasi. Cuma barisan pelakon dan dialognya sahaja yang ditukar mengikut kesesuaian.

Pun begitu, bukannya senang bagi Adflin untuk mengendalikan filem ini. Ia bukan sahaja menggunakan Bahasa Tamil yang tidak difahaminya, bahkan Appalam dibarisi ramai pelakon baru menjejakkan kaki dalam dunia lakonan.

“Jika Papadom, pelakon utamanya Miasara lakonan (Liyana Jasmay) bercita-cita untuk menjadi pelakon, tetapi dalam Appalam, Shruthi (Raja Ilya) ingin menjadi penari terkenal.

“Saya tukarkan bahagian itu bagi menyesuaikan dengan masyarakat India yang begitu meminati dunia tarian. Malah, di Malaysia, masyarakat India kurang berminat untuk berlakon. Selain pelakon dan dialog, saya fikir itulah perubahan paling ketara dalam Appalam berbanding Papadom. Bagaimanapun, jalan ceritanya tetap sama.

“Cabaran saya dalam Appalam ialah saya perlu sedikit sebanyak belajar Bahasa Tamil. Bagaimanapun saya bernasib baik kerana mempunyai penasihat bahasa untuk memudahkan kerja saya. Apa yang saya tumpukan ialah emosi watak-watak yang dilakonkan sama seperti Papadom.

Menerusi filem Papadom, watak Saadom telah dibintangi oleh Afdlin Shauki, manakala watak Miasara pula dibawakan oleh Liyana Jasmay.

Namun dalam Appalam, watak Saadom iaitu Appalasamy dijayakanoleh Gana Pragasam A/L Sebastian, manakala watak Maisara sebagai Shruti pula dilakonkan oleh Raja Ilya.

Sebagaimana Papadom, Appalam mengisahkan Appalasamy yang begitu mengambil berat tentang anak perempuannya, Shruti. Biarpun Shruti telah pun melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi, Appalasamy tetap mengekori dan mengawasinya bagi memastikan dia selamat.

Selain Sharifah Amani dan Shashi, antara nama-nama lain yang turut membintangi Appalam adalah h Jaclyn Victor (Nalaini), Haanii Shivraj (Jasmine), Afdlin Shauki (Hassan) serta Sathia (Mr. Prakash).

Afdlin turut menjelaskan filem ini dibuat berdasarkan permintaan dari pihak atasan Astro kerana merasakan Papadom berpotensi tinggi untuk menarik penonton pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Appalam yang kini sedang dalam pembikinan dijadualkan akan menemui penonton pada September tahun ini. Proses penggambarannya telah pun siap sebanyak 50 peratus.

Filem yang dikatakan agak muzikal ini turut diwarnai 4 lagu Tamil hasil ciptaan komposer berpengalaman R. Lawrence. Lagu tersebut iaitu Thanai Vanthe, Booty Slap, Nee Thaney dan Arumbuan

Info : edisikini.com

Sharifah amani hampir dirogol di studio

Kereta kawalan jauh buatan sendiri

Buatan tangan yang kreatif dan terperinci..memang terer budak ni..

Borang rayuan bantuan RM 500 | BR1M


Bagi mereka yang telah menyemak status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia dan gagal dalam permohonan ini masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan melalui borang rayuan yang disediakan.
Pemohon boleh mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat petugas di Pusat Khidmat wakil rakyat dan penyelaras Barisan Nasional (BN) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Persekutuan

Membuka periuk api hanya dengan pisau dan kayu

Aki ra adalah seorang lelaki kemboja yang sering keluar ke seluruh hutan untuk mencari dan mematikan periuk api tinggalan perang dengan hanya menggunakan pisau (pocketknife) dan sebatang kayu runcing.jumlah periuk api yang telah berjaya dimatikan aki ra telah melebihi 10000 biji.saksikan video aki ra mematikan periuk api dengan selambanya..hehehe...

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (8) berita (28) besar-besar (14) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (29) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)