Saman bloggger | datuk rais yatim menang menyaman.hehe..

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam memenangi saman fitnah terhadap seorang penulis blog berhubung artikel memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd. Yusof memutuskan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, (gambar kecil) didapati bersalah memfitnah.

"Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah," katanya.

Hakim Zabariah menetapkan hari ini untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com. berserta dengan gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas.

selanjutnya di sini.

p/s : takut…huhu..tak  nak la bos buat entri tuduh-tuduh ni..kena saman wooh..!!

2 comments:

  1. Dia orang besar. Tu yang terbarai kena saman. Cuba dia macam orang biasa, berlambak kot orang buat macam tu sekarang.

    ReplyDelete
  2. Yang herannya banyak gik blogger yang molah artikel cemya.. Kenaknya sik mok saman...

    ReplyDelete

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (8) berita (28) besar-besar (14) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (29) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)