Kempen boikot astro."jangan bayar bil astro selama 3 bulan" !!


Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.


Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.

Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

sumber : zubir5588.blogspot.com

p/s : Lepas 3 bulan siapa nak bayar bil tertunggak agaknya? orang yang anjurkan boikot ni boleh tolong bayar
kot..hehe.....

13 comments:

  1. ahakz!! tu la,sape nk byr bil trtunggak..

    ReplyDelete
  2. wakakaak! kalau jadi boikot,.padan muka depa!!

    ReplyDelete
  3. salam, hai nice blog
    salam perkenalan
    follow me back

    ReplyDelete
  4. family ayie memang xguna astro..kalo boikot pon grenty ad yg menentang juga..hermmm

    ReplyDelete
  5. orng tamak slalu rugi~


    latest work
    http://eleventx.blogspot.com/2011/06/atwr-comic-transformers-dan-blog.html

    ReplyDelete
  6. ni cadangan "pendek akal" namanya... ade ke takyah bayar 3 bulan...pastu sapa nak bayarkan? kan lebih baik diorang batalkan langganan diorang tu...lebih2 lagi kalau yang dah lama... kan lagi senang... astro dah tentu gelabah bewak pasal kehilangan pelanggan dan cara sebegini lebih berkesan..... alahai.. PPIM...

    p/s: ape yang aku tgk, kempen ni cam fail je... pasal kalau astro nak naikkan langganan pun...makin ramai yang "tambah" pakej HD... ermmm pelik...pelik.... geli tali perut aku tengok kempen diorg ni... hahahahha

    ReplyDelete
  7. buat penat2 je beli n langgan... yang korang sibuk sangat nak boikot knapa.. kalau nak boikot pun tak payah nak ajak2 org. Kalau dah tak suka ngan astro tu hentikan je lah langganan. xda org suruh pun korang pasang astro at the first place

    ReplyDelete
  8. kempen pelik... kaki tengok tv mmg lh marah..hahaha

    ReplyDelete
  9. patutnya korang semua terminate jer astro...mentang2 la diorang jerk yang ada lesen siaran bola and else...kerajaan patut bg lesen kat company lain gak

    ReplyDelete
  10. @GKA

    kerajaan bagi dulu lesen tu kat company lain,pastu baru bos terminate..haha !!

    tak pun bagi free je lesen tu kat bos..kan best..hehe..

    ReplyDelete
  11. SUKAN TERBAIK HANYA DI RTM,BUKAN ARENA

    ReplyDelete

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (8) berita (28) besar-besar (14) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (29) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)