Cara memasak mee segera dengan betul


1.Masak air sampai mendidih




2.Masukkan mee segera

Masukkan mee semasa air mendidih.kalau belum mendidih,jangan masukkan dulu. 



3.Kacau mee pada 1 setengah minit pertama dengan ganas..hehe..

teruskan mengacau mee tersebut supaya bahan kimia yang terdapat dalam mee tersebut tertanggal.untutk pengetahuan semua,bahan-bahan kimia yang terdapat dalam mee segera ni adalah seperti lilin,zat pewarna,zat pengawet dan banyak lagi zat-zat kimia yang berbahaya untuk tubuh kita.menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai..bukan bos sendiri yang kaji tau..kang tak pasal-pasal kena saman. 



4.Buang air rebusan mee.

Perhatikan air rebusan dalam gambar di atas.kuning dan keruh tersebut adalah bahan-bahan kimia yang berbahaya. 



5.Masukkan mee ke dalam air sejuk dan rebus lagi untuk kali yang kedua.

Teruskan mengacau mee tersebut untuk menanggalkan lagi sisa-sisa kimia.kali ni rebus dalam 1 minit je. 



6.Ambil mee dan hidangkan.

Bagi mee goreng,seperti biasa tapis dan gaulkan dengan perencah.Bagi mee yang berkuah,buang air rebusan kali kedua tadi dan gantikan dengan air panas yang dalam termos tu.Nak lagi sedap letak la sayur ke daging ke,udang ke.. 



Sumber gambar dari google.


Nampak macam lambat dan buang masa nak rebus dua tiga kali.tapi bila bos fikirkan untuk jangka masa panjang kesihatan tubuh badan,maka bos pun mula praktikkan cara masak mee segera ni.Sekian terima kasih.. :)


No comments:

Post a Comment

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (7) berita (28) besar-besar (13) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (28) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)