Arsenal mahu pinjam henry

LONDON: Arsene Wenger akan menghabiskan sepanjang musim cuti ini untuk mempertimbangkan sama ada mahu membuat bidaan luar biasa bagi membawa kembali Thierry Henry ke Arsenal secara pinjaman.

Henry dianggap sebagai antara pemain terhebat pernah menyarung jersi Arsenal, memenangi dua gelaran liga dan tiga Piala FA sepanjang lapan tahun bersama kelab itu.
Pemain Perancis itu yang juga penjaring terbanyak kelab itu sepanjang zaman, meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona sebelum berpindah ke Amerika Syarikat dan kini beraksi bersama New York Bulls.

Pemain berusia 34 tahun itu berlatih bersama kelab London sejak akhir musim MLS, November lalu dan baru-baru ini sebuah tugu dibina di Stadium Emirates bagi menandakan status legendanya di kelab itu.

Henry hanya akan dipanggil semula ke AS Mac depan dan ketika ini Wenger bakal kehilangan Gervinho dan Marouane Chamakh selama sebulan sehingga akhir Januari kerana menyertai Piala Negara Afrika, menyebabkannya kehilangan ramai penyerang.

Kerana itu, Wenger kini mempertimbangkan kemungkinan untuk menawarkan kontrak pinjaman selama dua bulan terhadap pemain itu.

“Saya perlu berfikir mengenainya,” kata Wenger. “Tawaran jangka pendek cukup ideal bagi kami tetapi saya masih belum membuat sebarang permohonan. Thierry tidak berada di sini ketika ini dan kami tidak pernah berbincang mengenainya.” “Tarikh 1 Januari cukup penting bagi kami. Kami mempunyai tujuh hari untuk membuat keputusan dan saya akan memutuskannya tujuh hari kemudian.” Robin van Persie menyamai rekod Henry di kelab itu dengan 34 jaringan liga sepanjang 2011 di Aston Villa, Rabu lalu dan pasukan Wenger akan menanti kunjungan Wolves, Selasa ini.

sumber : metro

1 comment:

  1. Biar benar Wenger nak meli player lamak... Dah sekda pemain mudak lagik ka?! CUba ambik player dari Brazil.. Banyak yang mudak2..

    ReplyDelete

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (7) berita (28) besar-besar (13) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (28) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)