Anelka pindah ke kelab shanghai shenhua

Perpindahan mengejut anelka ke kelab negara china , shanghai shenhua


PEMBELIAN mengejut Nicolas Anelka oleh Shanghai Shenhua membawa kepada perlumbaan mencari pemain dalam bola sepak China.

Ketika pemilik jutawan yang baru cuba menyaingi satu sama lain untuk mendapatkan pemain berstatus bintang, pihak berkuasa di China kini berhasrat merebut hadiah utama iaitu Piala Dunia.

Pakar bola sepak China, Rowan Simons iaitu warganegara Britian yang berpangkalan di Beijing serta terbabit dengan sukan itu sejak lebih 20 tahun berkata: “Anelka akan menjadi bintang pertama dalam Liga Super China. Perpindahannya akan membuka peluang baru dan ia sesuatu yang cukup jelas.

“Kelab bola sepak di China dimiliki gabungan agensi berkaitan kerajaan, pihak swasta dan individu.
“Wang untuk membeli bintang ternama datang daripada pemilik swasta yang begitu kaya dan memperoleh kekayaan menerusi perniagaan di China dan kini mahu menunjukkan rasa cinta mereka terhadap bola sepak.

“Seperti mana-mana pemilik kelab jutawan di seluruh dunia, pastinya mereka mahu mendabik dada dengan kekayaan mereka dan bola sepak dapat membantu hubungan mereka dengan kerajaan.

“Masalahnya, kelab selepas ini perlu mengatasi kelab terdahulu jadi ketika ini mereka memburu pemain yang lebih hebat daripada Anelka.”

Bekas rakan penyerangnya di Blues, Didier Drogba, 33, adalah nama terkini yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China.

Seorang pemilik kelab China kini datang ke England minggu ini bagi mendapatkan penyerang menerusi empat perlawanan Liga Perdana Inggeris.


sumber : metro

p/s : Tengok dalam masa beberapa tahun lagi,mungkin kualiti bola sepak negara china semakin meningkat.





Tags : Anelka pindah kelab china shanghai shenhua kelab baru anelka perpindahan mengejut anelka chelsea 

2 comments:

  1. Gila besar gajinya kat sinun... Boleh k bayar semua player kat Sarawak tok.. Sekali ngn coach.. haha..

    ReplyDelete
  2. @AmirFX

    gerenti besar..hehe..dhlh barang di china murah..kaya2..

    ReplyDelete

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (7) berita (28) besar-besar (13) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (28) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)