RANGKAIAN NIAGA KEBAB


Katakan seorang "Usahawan Kebab" ini mempunyai 10 orang peniaga sebagai rangkaian dibawahnya. 10 orang peniaga kebab ini menjalankan perniagaan dengan andaian bahawa :

  1. Perniagaan dijalankan dalam kawasan yang berjauhan antara satu sama lain, dan tidak mendatangkan persaingan tidak sihat kepada peniaga kebab yang lain di dalam rangkaian yang sama;
     
  2. Usaha dan giatnya menjalankan perniagaan adalah secara sendiri, iaitu risiko dan kejayaan ditanggung oleh setiap individu peniaga itu sendiri ;
     
  3. Kemahiran dan pengalaman yang didapati oleh setiap peniaga kebab adalah usaha sendiri, dan disertakan dengan tunjukajar daripada "Usahawan Kebab" serta daripada perbincangan rakan-rakan dalam rangkaian perniagaan kebab itu sendiri ;
     
  4. "Usahawan Kebab" pula memberikan modal tunai, barangan, peralatan dan bahan kebab asas kepada setiap peniaga-peniaga dibawahnya ;
     
  5. Keuntungan 80% adalah kepada peniaga masing-masing, manakala "Usahawan Kebab" pula mendapat pembahagian keuntungan sehingga 20% daripada keuntungan setiap peniaga kebab dibawahnya ;
     
  6. Golongan bumiputera atau muslim terlibat, agar makanan yang dijual adalah halal dan juga dengan tujuan menggalakkan penglibatan bumiputera atau muslim di dalam perniagaan ;
     
  7. Semua peniaga menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran, komitmen dan dedikasi ketika menjalankan perniagaan ;
     
  8. "Usahawan Kebab" sebagai pengasas rangkaian perniagaan kebab ini, mempunyai kewangan sebanyak RM50,000.00. Setiap daripada peniaga yang ada akan diberi RM5,000.00 dalam bentuk modal pinjaman kepada setiap seorang untuk mereka memulakan perniagaan kebab. Setiap bulan, peniaga kebab dikehendaki membayar RM500.00 sebulan kepada Usahawan Kebab selama 10 bulan tanpa dikenakan faedah.
Perbincangan :
Katakan bahawa purata jualan sehari setiap daripada 10 peniaga itu adalah sebanyak RM300.00. Dan katakanlah setiap peniaga memperolehi keuntungan kasar sebanyak RM100.00 seorang setelah ditolak kos yang berkaitan dan upah kerja.
80% daripada keuntungan iaitu sebanyak RM80.00 adalah kepunyaan setiap peniaga kebab, manakala "Usahawan Kebab" pula mendapat sebanyak RM20.00 sahaja.
Keuntungan sebulan perniagaan yang didapati oleh setiap peniaga masing-masing -

RM80.00 x 30 hari = RM2,400.00 sebulan (untung peniaga)
Manakala bagi Usahawan Kebab pula mendapat bahagian

RM20.00 x 30 hari = RM600.00 sebulan (untung Usahawan Kebab)
Namun, dengan kutipan keuntungan daripada semua kesepuluh rangkaian perniagaan kebab di bawahnya,

"Usahawan Kebab" mendapat :
RM600.00 x 10 peniaga = RM6,000.00(sebulan daripada semua 10 peniaga kebab)
Untuk membayar semula pinjaman perniagaan, setiap peniaga kebab perlu membayar RM500.00 sebulan kepada "Usahawan Kebab" ini selama 10 bulan,

RM500.00 x 10 bulan = RM5,000.00
(dibayar kembali kepada Usahawan Kebab kerana telah memberikan modal untuk berniaga)
Setelah 12 bulan, kutipan keuntungan yang dijangka dikutip oleh "Usahawan Kebab" adalah :

RM6,000.00 x 12 bulan = RM72,000.00
(ini melebihi modal permulaan yang diperuntukkan oleh Usahawan Kebab)
Oleh itu, dalam jangkamasa 12 bulan memulakan perniagaan rangkaian kebab seramai 10 orang ini, pulangan modal berserta keuntungan telah berlaku untuk "Usahawan Kebab ini". Dalam satu tahun, kepada Usahawan Kebab sejumlah RM122,000.00 dijangka boleh dikutip. Manakala untuk peniaga kebab pula, secara kasar memperolehi keuntungan RM24,000 setahun. 
Setelah 10 bulan, setiap peniaga hanya perlu membayar royalti berasaskan keuntungan sebanyak RM600.00 setiap bulan kepada Usahawan Kebab. Tidak perlu lagi membayar RM500.00 sebulan kepada Usahawan Kebab kerana telah selesai membayar hutang.
Dengan RM72,000.00 yang dikumpulkan hasil daripada pendapatan keuntungan, membolehkan seramai 14 orang peniaga kebab yang baru dapat diwujudkan.
Sekiranya sejumlah RM122,00.00 dimodalkan semula untuk menjadikan sejumlah seramai 24 orang peniaga kebab lagi. Dalam pada tempoh dua tahun "Usahawan Kebab" memulakan rangkaian perniagaannya seramai 34 peniaga kebab boleh dilahirkan.
Terima kasih kepada Usahawan Kebab atas usahanya itu.
Perkara yang berlaku daripada asal wujudnya rangkaian 10 peniaga kebab ini adalah,

  1. Pembangunan Sumber Manusia dan Modal Insan berlaku ;
     
  2. Tanggungjawab fardu kifayah menyediakan makanan halal untuk umat manusia ;
     
  3. Penglibatan golongan bumiputera dan muslim di dalam aktiviti perniagaan ;
     
  4. Peningkatan kemahiran dan pendidikan kepada setiap daripada peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan ;
     
  5. Perkongsian bijak(smart-partnership) dan perkongsian sumber(resources sharing) berlaku ;
     
  6. Rangkaian perniagaan banyak memberikan kelebihan kepada "Usahawan Kebab" tersebut ;
     
  7. Dalam tahun pertama, dengan pulangan modal yang diperolehi oleh "Usahawan Kebab" seramai 14 orang lagi peniaga kebab dapat dilahirkan. Ini menyebabkan bertambahnya bilangan kelahiran peniaga-peniaga baru ini pula berkadar dengan masa ;
     
  8. Keuntungan semua orang bertambah berkadar dengan masa dan jumlah peniaga ; DAN
     
  9. "Usahawan Kebab" yang paling banyak untung.
Secara asasnya, perkara diatas adalah pengiraan secara kasar sahaja. Diatas kertas atau congak-congak difikiran memang akan nampak keuntungan, tetapi "kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..." .
Oleh,
Nor Hesham Bin Mohamed



cara meningkatkan traffic blog


No comments:

Post a Comment

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (8) berita (28) besar-besar (14) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (29) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)