Barcelona melepas geram dalam saingan liga domestik



PEMAIN Barca, Bojan Krkic (kanan) cuba dihalang oleh pertahanan Villarreal, Angel Lopez pada aksi La Liga kelmarin yang menyaksikan Barca menang selesa.



MADRID - Barcelona bangkit daripada kegagalan ke final Liga Juara-Juara dengan penuh bergaya apabila menewaskan Villarreal 4-1 awal pagi semalam untuk berkelebihan empat mata di tangga teratas Liga Sepanyol.
Pada awal permainan, penyerang Villarreal, Nilmar Honorato telah mempersiakan beberapa peluang sebelum Barcelona yang disingkirkan Inter Milan pertengahan minggu lalu mula bangkit.
Lionel Messi menjaringkan gol pertama Barcelona pada minit ke-19 disusuli sepakan percuma Xavi Hernandez yang terus menerjah jaring pada minit ke-34 dan jaringan Bojan Krkic tiga minit sebelum separuh masa pertama berakhir.
Tuan rumah merapatkan kedudukan pada minit ke-67 menerusi Joseba Llorente tetapi Messi menjaringkan gol keempat Barcelona tiga minit sebelum tamat perlawanan.
"Kami tidak terlalu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan rentak permainan dan akhirnya berjaya mendapatkan keputusan baik ketika berdepan sebuah pasukan yang kuat.
"Bagaimanapun Real Madrid kekal menjadi pesaing utama kami dan jika mereka turut terus mencatat kemenangan, kami akan kekal bersaing hebat," kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Pengendali Barcelona itu memuji aksi Bojan tetapi pada masa yang sama bersimpati dengan nasib Zlatan Ibrahimovic yang masih gagal menyinar sejak dia berhijrah dari Inter.
"Saya gembira dengan prestasi Bojan dan jaringan yang dilakukannya. Dia mempunyai karier yang panjang di sini. Ibrahimovic pula pemain yang hebat tetapi dia sentiasa sukar merebut tempat dalam kesebelasan kami," jelas Guardiola.
Sementara itu, jurulatih Villarreal, Juan Carlos Garrido berkata, pasukannya menjadi mangsa kebangkitan Barcelona yang jelas mahu membuktikan kehandalan mereka setelah tersingkir dalam saingan Eropah. - AFP

No comments:

Post a Comment

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (8) berita (28) besar-besar (14) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (29) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)