TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
kredit : joomlaexpert CG & Ahfat raksasa
p/s : yang berhimpun kelmarin tau ke tuntutan ni??
SEDIH !!!
anak buah MEREKA : hahahhahaha, bagus bagus, dorg dah buta.
ReplyDeletekalau la malaysia british tak jaga,mungkin jadi mcm libya dan negara islam lain..US masuk campur..huhu..
ReplyDeleteambiga nak tiru mcm dekat eygpt hari tu..buat perhimpunan besar-besaran.bengong.
pergh...
ReplyDeleteSetahu aku la 14 tuntutan nie sudah lame da tidak di persetujui oleh kawan2 Ambiga sendiri...
Dan perhimpunan Bersih 2.0 bukan berkaitan dengan 14 tuntutan yang anda sampaikan di dalam blog anda...
Himpunan Bersih 2.0 menuntut hanya 8 tuntutan..semua tuntukan adalah berkaitan PILIHANRAYA...Bukan Isu Agama...
Sekian Harap Maklum
Yang benar,
HAMBA ALLAH.
ye ye je la..hehe..
ReplyDeleteyg ikut tu an, lalang je..
ReplyDeletemalu klu bgtau kwn kt twitter yg msia ada orng bodoh
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/great-place-for-tourism-malaysia.html
xder satu pon yg mmperjuangkan islam? jihad kpla hotak die..
ReplyDeletehttp://ridoma.blogspot.com/2011/07/bersih.html
@saiazuan
ReplyDeleteyg ikut tu nak makan free..kan lepas soal siasat ada juadah free..haha..
@Fariduddin El-Islam
ReplyDeletehuhu..peli tapi benar.. :)
Yeppp.. Dolok Ambiga molah tuntutan kedak ya.. Tapi sidak banyak menolak.. Sebab ya Bersih diadakan...
ReplyDelete@AmirFX
ReplyDeletehaha..boh banyak cerita..bagus kita molah duit banyak2..sik kita gago ngan politik..tol sik? hehe..gi mlancong sana sini..best..!!
bersih psl tuntutan spy SPR berlaku adil.ni yg 14 tuntutan ni x tmasuk lngsg dlm 8 tuntutan bersih 2.0.ape pny 'pandai' la org yg post article ni.sbb org2 cmni la,org lain pn jd 'pndai' mcm die.gain more knowledge if u dont want other people call u stupid..=)
ReplyDeletedearest anonymous, immertirial of what the reason bersih tuntutan was about I feel anybody in their right mind should not involve themselves with this person named "Ambiga" who has no respect for Islam. So if you call yourself a Hamba Allah...who is stupid know...Buka kitab agama dulu dan baca salasiah agama sendiri sebelum mengikut org yang tak tahu menahu tentang agama kita. Jangan suka suka merbodohkan orang bila diri sendiri belum habis belajar. Yang saya tahu Contoh paling mulia untuk kita contohi ialah Nabi Muhammad saw Bukan lawyer gila macam Ambiga...
ReplyDeleteGuna pun nama anonymus pirahhhhh nyata dan sesatla kamu mengikut juak juak ambiga kafir laknatullah
Deletesejuk sejuk...haha..
ReplyDeletedear mkcik or else..as i speak earlier,bersih is just want to have fair & clean election..mksud bersih sndiri pn da mnjelaskn objektif bersih itu ape..yg mkcik kelam kabut psl sy ikot ambiga la,ape la tu knp plak..sy hnya sentuh psl knp phimpunan bersih diadakn.ianya utk menuntut bhw pilihanraya yg telus diadakn..kte sbg rakyat smua ad hak bersuara..lg satu..ad sy ckp nk contohi ambiga?nabi muhammad merupakn contoh terbaik..beliau adalh insan yg sempurna dr segala aspek..smua org tau tu.ckp jer jdkn nabi muhammad itu idola tp x pnh brusaha utk mengikut sunat n amalan baginda..selawat pn jrg sekali..bler bersuara,die la pling baik,pling alim..padahal ape amalan yg die wat hnya Allah shj yg tau..lain kali,klu nk tgur,tgk ape yg sy tulis dlu.fahami btul2.bru komen..tiada org yg maksum kecuali rasulullah S.A.W..sbb tu msing2 kne mnasihat sesama sndiri..=)
ReplyDeleteanyway..korang kena fahami betul2 link ni
ReplyDeletehttp://nikabduh.wordpress.com/2011/07/08/bersih-2-0-mengapa-ambiga/
BERSIH 2.0: mengapa ambiga?
ReplyDeleteJulai 8, 2011 in Uncategorized
Salam Palestin,
Mengapa Ambiga?
Semasa saya berada di Mesir sebulan lepas, ada persoalan dibangkitkan oleh para pelajar di sana berkaitan BERSIH 2.0, penganjur perhimpunan aman yang menuntut reformasi pilihan raya yang telus dan adil, terutama berkaitan pengerusinya, Datuk S. Ambiga. Ia agak hangat apabila kumpulan anti BERSIH, termasuk sesetengah kumpulan Islam mula mempertikaikan kesanggupan PAS menganggotai BERSIH, sedangkan beliau adalah seorang yang disifatkan anti Islam berdasarkan rekodnya yang tersebar, sebahagiannya benar, manakala sebahagian lagi adalah bohong dan fitnah.
Saya telah menjawabnya dan saya fikir jawaban saya mampu menenangkan mereka walaupun agak ringkas kerana soalan-soalan lain yang agak banyak dan pelbagai yang menyuntukkan masa. Tetapi, persoalan itu terus hidup sehingga kini di tanah air kita apabila ia sentiasa diberi nafas melalui peluru sms dan bicara siber yang bersifat dan bertujuan menyentak dan membantut semangat anak-anak muda Islam daripada menyertai perhimpunan aman pro demokrasi adil yang semakin menjadi kenyataan sabtu ini, insya Allah.
Walaupun agak lewat, saya fikir elok juga untuk para penjengok blog saya meneliti dapatan yang saya muatkan di bawah. Tujuan saya adalah untuk mempertingkatkan kefahaman politik Islam, seterusnya meyakinkan semua bahawa PAS telah mengambil keputusan yang betul, syar’ie dan positif demi kepentingan politik negara dan umat Islam juga yang sentiasa berhadapan kekeliruan oleh penganut Melayunya sendiri.
Parti aku sesat weiiii gunakan agama utk berpolitik!!!!!
DeletePertama, Bolehkah kita berketuakan seorang non muslim? Ini soalan yang jawabannya agak mudah, cuma mudah juga untuk dikelirukan oleh pengeliru yang suka menyusahkan dan menjalani hidup hipokrit.
ReplyDeleteUntuk institusi dan kumpulan kehidupan sosial, samada dalam masyarakat Islam yang majoriti atau sebaliknya, Islam tidak pernah melarang berketuakan seorang non muslim, lelaki atau perempuan, jika institusi dan kumpulan itu bertujuan baik dan tidak bercanggah dengan agama. Itu dapat dilihat melalui ‘ijmak’ ulama masa kini yang membiarkan penglibatan umat Islam di dalam pelbagai pertubuhan sosial yang bertujuan membina kehidupan manusia yang lebih baik.
Contoh terbaik adalah pertubuhan peringkat antarabangsa seperti PBB. Ia selalunya diketuai non muslim dan tujuannya baik walaupun sering tunduk kepada kekuasaan yang acap kali memusuhi Islam seperti Amerika. Tiada fatwa yang mengharamkan negara-negara Islam – sedangkan mereka adalah ketua-ketua umat Islam – menganggotainya. Jika begitu, anda bolehlah kiaskan secara mudah betapa pertubuhan-pertubuhan yang lebih kecil adalah lebih layak dan syar’ie bagi umat Islam untuk menyertainya.
Maka, pada asasnya, penyertaan PAS di dalam BERSIH 2.0 yang diketuai seorang non muslim adalah harus kerana tujuannya yang murni, malah merupakan tunjang kehadiran Islam di muka bumi, iaitu menegakkan keadilan dan kebebasan hidup.
Sesat da korang nihhhhhh
DeleteAdapun untuk sebuah negara, berketuakan non muslim dalam sebuah negara yang umat Islam Islam memiliki kekuatan untuk melantik dan memilih seorang muslim sebagai ketuanya adalah tidak harus. Ini kerana adalah mustahil seorang non muslim akan memandu negara tersebut untuk patuh tunduk kepada syariat Islam di dalam bernegara.
ReplyDeleteSebaliknya, jika umat Islam tiada memiliki kekuatan tersebut, seperti memiliki jumlah minoriti, maka berketuakan non muslim adalah harus selagi mereka bebas menjalani hak mereka sebagai seorang muslim. Contoh mudah ialah kerajaan nabi Yusuf alaihissalam. Baginda adalah menteri kepada kerajaan yang kufur. Ada beberapa persoalan mungkin timbul, saya ketepikan dulu untuk memberi laluan kepada topik asal perbincangan.
Kedua, bagaimana jika ketua itu anti Islam? Ada beberapa keadaan. Pertama, jika pertubuhan itu bermaksud anti Islam, maka jelas haram menyertainya. Jika tidak, bahkan untuk turut menyokong matlamat Islam, maka hukum adalah sebaliknya. Kedua, jika ketuanya anti Islam dan secara jelas dilihat begitu, maka hendaklah dilihat kesan baik dan buruknya. Jika keburukan mendahului atau sama atau ditakuti buruknya, maka hukumnya tidak harus. Ini soal ijtihadiah dalam siyasah syar’ieyah.
Lihat juga perbahasan ulama dan fatwa mereka dalam penyertaan umat Islam di dalam pertubuhan-pertubuhan tajaan zionis misalnya. Walaupun zahirnya kelihatan baik, tetapi keraguan adalah besar disebabkan matlamat zionis terhadap Islam adalah jelas, apatah jika ketua pertubuhan tersebut dilihat pro zionis.
Kau pandaiii hujahmu sungguh masuk akal
DeleteAdapun jika ketua tersebut dilihat anti Islam kerana beberapa tindakannya yang menunjuki demikian, maka ia bergantung kepada matlamat pertubuhan tersebut dan perjalanannya, bukan pada ketuanya. Semua bukan Islam adalah biasa dan natural jika beberapa tindakannya dilihat bercanggah atau memusuhi Islam. Jika tidak, terbantutlah kehidupan yang dicanang agama Islam yang sejagat agar Islam menghubungkan sesama manusia, bukan memutuskan! Islam dengan itu akan hanya relevan dalam masyarakat Islam sahaja, bukan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya.
ReplyDeleteKetiga, bagaimana dengan Datuk S. Ambiga? Saya akan merujuk kepada beberapa dakwaan terhadapnya sehingga beliau dituduh oleh pihak yang menuduh sebagai anti Islam, terutama berkaitan soal murtad dan pluralisme agama.
1) Adakah salah untuk seorang bukan Islam berpendapat dan bertindak menyalahi hukum Islam sedangkan ia tidak menyalahi undang-undang negara? Jika salah, maka adalah baik untuk kita tumpukan dulu pertuduhan dan kemarahan kita itu terhadap orang Islam sendiri yang berkata dan bertindak menyalahi hukum ugamanya sendiri daripada melampiaskan kemarahan kita kepada orang luar yang mungkin saja bertindak demikian hanya kerana melihat telatah umat Islam sendiri yang menolak ugamanya.
Jika tidak salah, maka mengapa kita menganggapnya anti Islam, sedangkan undang-undang negara tidak menganggapnya salah? Adakah agama kita memaksakan mereka sebagaimana ugama kita memaksakan kita? Tidak bukan? Undang-undang negara membenarkan mereka mencabar. Jadi, salahkah mereka bergerak di atas lunas-lunas itu?
Yang boleh memaksakan semua adalah undang-undang yang terpakai di dalam sesebuah negara. Islam tak terpakai di negara kita. Jadi persoalan asas adalah mengapakah tidak dilaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, atau dalam isu ini, yang berkaitan penjagaan terhadap ugama Islam dan individu muslim daripada dijadikan bahan murahan dan mainan seperti kes murtad oleh umat sendiri.
Maksud saya, pertuduhan anti Islam terhadap individu non muslim seperti Datuk S. Ambiga dan sepertinya adalah berbentuk persepsi dan anggapan. Ia bukan terbukti. Sesuatu yang samar-samar tidak boleh dibina hukum di atasnya. Ia adalah kezaliman. Kezaliman tertolak daripada merajai hukum ugama.
ReplyDeleteYa, benar bahawa persepsi dan kesamaran itu berguna untuk sikap berhati-hati. Adakah anda menjangkakan BERSIH 2.0 adalah medan untuk menolak agama? Atau ianya adalah untuk menolak ketidakadilan? Penilaian adalah ke atas BERSIH 2.0, bukan lagi pada individu yang mengetuainya itu. Saya tidak berhujah untuk memperkenalkan BERSIH 2.0 di sini. Topik kita ialah ketuanya sesudah BERSIH 2.0 difahami sebagai kumpulan yang bersih murni matlamatnya.
Lainlah jika anda memang berpendapat bahawa BERSIH 2.0 itu sendiri adalah tidak bersih. Kita bincang di lain kali pula hal itu.
2) Siapakah yang patut bertanggung jawab terhadap tindakan-tindakan oleh kumpulan bukan Islam yang mencabar hukum ugama Islam? Apatah, apabila tindakan tersebut dilakukan melalui lunas undang-undang negara? Sudah pasti jawaban kita adalah jelas bahawa yang bertanggung jawab adalah penggubal dan mereka yang meluluskannya. Hukum-hukum Islam, umat Islamlah – pemerintah Islamlah – yang mesti melaksanakan kedaulatannya sehingga tidak boleh lagi dicabar sewenang-wenangnya.
Malangnya, sebelum non muslim, umat Islam sendirilah yang berada di hadapan menentang perlaksanaan hukum syariat ke atas mereka dan negara mereka juga. Siapakah mereka? Agak malang, bahkan pelik sekali kerana mereka inilah juga yang sering menuduh Datuk S. Ambiga sebagai anti Islam?! Jadi, sudah pasti nyata bagaimana pertuduhan terhadap pengerusi BERSIH tersebut adalah semata-mata untuk mengaburi masyarakat agar turut menolak BERSIH 2.0 tersebut, walaupun pengerusinya ditukar kepada TG Abdul Hadi Awang! Saat itu, pertuduhan khas pula dicipta ke atas TG Abdul Hadi Awang. Mungkin sebagai neo Khawarij!?
Khulasahnya, sebelum anda melihat kepada Datuk S Ambiga, lihat dulu kepada kerajaan Malaysia yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan syariat Islam yang sebenar dan begitu takut dan ngeri dengan kemaraan BERSIH 2.0 itu. Mengapa takut kepada pencinta keadilan dan kebebasan jika mereka juga adalah kerajaan yang adil dan pro kebebasan?
ReplyDelete3) Apakah yang sebenarnya dituntut oleh bukan Islam? Sudah pasti hak mereka sebagai rakyat yang mahukan keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek. Anda harus faham, sebagai sebuah minoriti ugama dan bangsa, non muslim memiliki perasaan sendiri bahawa mereka merasa masih tidak selesa dan selamat dengan undang-undang dan perlaksanaannya di negara ini yang dilihat tidak mesra minoriti. Ini termasuklah hak beragama dan kawalan terhadap ugama mereka.
Adakah setiap kali mereka bersuara, maka hukumnya adalah ‘anti-Islam’, sedangkan tiada pun Islam sebenar yang menjadi undang-undang di negara ini? Adalah menjadi tuntutan ugama Islam bahawa menjaga hak bukan Islam adalah teras besar kepada undang-undang Islam. Tanpa ini, undang-undang Islam adalah terbantut, lemah dan tidak relevan sebagai ‘rahmatan lil alamin’.
4) PAS konsisten memperjuangkan Islam dan kedaulatannya semenjak sekian lama. Ia pertubuhan politik dan dakwah yang secara jelas memperkenalkan Islam dan syariatnya yang sebenar walau terpaksa berhadapan kesusahan dan tindakan zalim pemerintah. Adakah PAS yang diketuai oleh syura ulama yang menepati maksud kekuasaan sebenar Islam tiba-tiba gagal mengenal Datuk S Ambiga? Ia agak jauh, sukar dan ‘unreachable’ oleh otak yang BERSIH!!
Kelima, mengapa Ambiga? Mengapa tidak PAS yang mengetuai demonstrasi aman BERSIH 2.0, sedangkan PASlah yang dilihat menjadi pemain utama menggerakkan massa? Perhatikan,
1) Agar matlamat BERSIH 2.0 tidak dilihat bermotif politik dan parti politik semata-mata, bahkan dilihat sebagai tuntutan bersama rakyat Malaysia, termasuk yang tidak mesra politik dan orang politik. Rakyat mahu pemerintah mereka adalah yang mereka pilih melalui proses pilihan raya yang adil dan telus. Dengan penglibatan golongan non partisan seperti puluhan NGO yang bergabung di dalam BERSIH 2.0, maka adalah nyata bahawa rakyat seluruhnya telah nampak secara jelas bahawa perjalanan pilihan raya negara adalah di tahap lemah dan sering dimanipulasi oleh pemerintah semasa. Rakyat seluruhnya mahukan reformasi pilihan raya!
Maka, Datuk S Ambiga dicalonkan dan semua pihak menerimanya mengetuai BERSIH 2.0.
ReplyDelete2) Agar matlamat BERSIH 2.0 tidak dilihat bermotif ugama semata-mata. Oleh kerana PAS terlalu ‘ugama’, maka sudah pasti BERSIH 2.0 akan gagal mencapai matlamatnya yang mahukan seluruh rakyat yang mahukan reformasi pilihan raya itu turut menyertainya tanpa rasa curiga terhadap motif pihak lain. Ia adalah matlamat yang disepakati bersama.
Kesepakatan melakukan kebaikan adalah dendangan syariah Islam.
3) Agar PAS tidak dilihat sebagai ekstrimis ugama. Walaupun PAS berjaya daripada semasa ke semasa memperkenalkan dirinya sebagai pertubuhan Islam yang sederhana dan ‘wasathiyah’, ia tetap menjadi buruan golongan anti Islam untuk menghancurkannya dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Antara peluru utama ke atas PAS adalah senjata tajaan Amerika yang menghukum golongan Islamis sebagai ekstrimis dan pelampau ugama. Sudah pasti tujuannya adalah menjauhkan masyarakat, terutama non muslim daripada PAS.
Apabila orang yang dilabel pula sebagai anti Islam seperti Datuk S Ambiga bersedia untuk bersama-sama PAS mengetuai perhimpunan rakyat, maka ia adalah kebaikan untuk kedua-dua pihak. Sebagai mana PAS, beliau dan kumpulan non muslim juga tidak gemar di label dengan tuduhan-tuduhan yang negatif yang tidak membantu ke arah perpaduan dan keharmonian hidup di negara ini.
4) PAS memerlukan sokongan semua lapisan dan kumpulan rakyat. Negara dibina dan dibentuk oleh rakyat. PAS mencadangkan alternatif yang dilihat terbaik untuk negara Malaysia iaitu negara berkebajikan yang bertunjangkan Islam sebagai neracanya. Adalah satu kesempatan dan peluang yang baik untuk PAS memperkenalkan dirinya sebagai pejuang bersama menuntuk hak-hak rakyat yang diketepikan oleh pihak pemerintah. Adakah menjadi ‘bos’ dalam semua perkara adalah syarat atau rukun dakwah? Adakah ia juga satu hikmah dalam berdakwah? Tidak bukan?
5) Dekad terakhir dalam sejarah dan politik negara adalah dekad anjakan paradigma rakyat dalam banyak hal. Antara yang menarik adalah pecahnya tembok binaan UMNO yang berusaha memisahkan PAS daripada masyarakat non muslim. Kesan tembok itu adalah buruk. Non muslim mengenal Islam yang diperkenalkan oleh UMNO. Kesannya, tiada yang indah dalam Islam. Melayu UMNO adalah dipenuhi penyakit. Bagaimana si pesakit boleh menawarkan kesihatan?
Ke laut ko nih
DeleteApabila tembok pecah, kini non muslim mula melihat dan mengenal Islam daripada PAS. Daripada PAS yang ditakuti, kini menjadi PAS yang disenangi. BERSIH 2.0 adalah sebahagian proses berkenalan di dekad baru ini, dekad yang dipenuhi cita-cita bersama ke arah Malaysia yang lebih harmoni, merdeka dan berjaya.
ReplyDeleteSekarang anda telah melihat beberapa perkara penting yang mampu menghapuskan keraguan mengenai penerimaan PAS untuk menyertai BERSIH 2.0 walaupun diketuai oleh seseorang yang menghadapi tohmahan sebagai anti Islam.
Walaupun saya tidak membawa nas-nas penghujahan secara lebih terperinci demi meringkaskan, adalah cukup dengan memahami hujah-hujah yang diberi, kita akan melihat nas-nas ugama itu seperti bersedia untuk tampil.
semoga dengan perkongsian ilmu drpd sy dpt menambah pemahaman kita semua tidak kira yg menentang bersih mahupun yg menyokong..tidak untung jika kita semua saling bergaduh kerana pada akhirnya kita semua akan kembali kepada Allah..:) diharap yg tidak menyokong bersih akan dapat pemahaman yg lebih kenapa Ambiga..sy juga manusia biasa yg sangat cetek ilmu, justeru sy tidak akan mengutuk kamu yg menentang bersih kerana anda manusia biasa seperti sy yg perlu diperingatkan dan diperingati serta diterangkan apa yg kalian masih tidak fhm tentang sesuatu perkara..selamat memahami..selebihnya terpulang dan sy berserah pd Allah Taala..
ReplyDeleteNyata jelas kau terlalu sesat dari undang undang!!!
DeleteAaaa... Ada baca ya Bos... haha.. Nang panjang benar komennya.. Nway, thanks Girls.. Sik lupak ngan Bos juak sebab mok siarkan komennya tok..
ReplyDeleteSetiap gerakan orang Melayu tentu ada pembawakan sesuatu agenda tersirat dan disuratkan apa yang nampak di lihat mata kasar.
ReplyDeleteBegitu jugalah Melayu sendiri, tetapi apanila sesama melayu lenih mudah dihubungi dan didekati sekiranya ada penghubung yang asal, iaitu Allah s.w.t., seumpama orang sekampung apabila bertemu di bandar lain sewaktu saat saat teringatkan kampung. Maka, bertambah erat dan baiklah hubungan.
Sebelum terlambat saudara saudara ku Melayu berdaulat, Jika cintakan Islam, ikutlah sunnah PETUNTUK ARAH YANG TEPAT dari Nabi Kita yang membuktikan perkahwinan sesama bangsa jenis bangsa sendiri sahaja adalah amat penting, semua 12 isteri baginda s.a.w. orang bangsa Arab budaya Arab dan Islam. Cuma 1 bangsa mesir, itupun anak Nabi Harun a.s. juga merupakan anak saudara Nabi Musa a.s. SEERTA
Firman ALLAH surah Ar Rum ayat 21 menyuruh kita Islam mengahwini dari JENIS kita sahaja supaya hidup aman sentosa ( selamat ). Kita Islam taoi jenis bangsa apakah kita? Kita adalah JENIS bangsa Melayu! Melayu pulak ada yang jenis suka makan budu dan petai.Alamak baunya harum boleh merentasi gunung pula. Ada pula jenis cincalok hehehe. Bab makan lainlah kira. Terdapat beberapa sebab lagi kenapa ianya mesti diFATWAkan oleh Mufti atau Kerajaan kita. Mesti Farwakan Melayu dimestikan kahwin dengan sesama melayu sahaja barulah aman damai negara kita kelak. Selagi tidak, maka huru hara menentang PENGKAFIRAN terusssssssss berlaku. Siapa antara kita berani cabar kewibawaan dan kehebatan nabi kita. Sanggup kahwin bangsa lain, silap silap musuh dalam kelambu. eeeeee.
Oleh itu naiklah DSNajib , DSAI,Tok Guru NikAziz serta semua pemimpin Melayu sahaja bermesyuarah di Makkah sehingga selesai masaalah serta dosa dibersihkan semuanya, barulah pulang nuat PRU. Tugas PDRM pun mudah dan sederhana.