KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 apabila menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago secara straight set, sebentar tadi.
Chong Wei menang set pertama dengan mudah yakni 21 -6.
PENGHIJRAHAN penyerang kebangsaan, Safee Sali ke kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya kelmarin telah menimbulkan pelbagai reaksi.
Ramai yang menyokong keberanian Safee untuk keluar dari kepompong pemain-pemain tempatan yang selesa sekadar beraksi di Liga Super Malaysia (MSL).
Namun ada juga yang seolah-olah mempelekehkan tindakan Safee itu dengan menganggap Pelita Jaya yang disertainya kini hanya menduduki tangga tercorot ISL selepas 13 perlawanan.
Situasi tersebut nyata langsung tidak melunturkan semangat Safee, malah ia turut membuatkan pemain berusia 27 tahun itu lebih bersemangat untuk membuktikan tindakannya itu tepat.