Tanda-Tanda Kematian

 100 hari sebelum mati


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. 
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma 
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku 
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut 
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan 
mengigil. 
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika 
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut 
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar 
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka 
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan 
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau 
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal 
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang 
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah 
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk 
mempersiapkan diri dengan amalan dan 
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
 

Cicak gergasi Sabah RM1 juta sekilo






NUNUKAN, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam.
Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.
Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.
“Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas.
Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu.
“Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar.
“Dia kemudian membawa cicak itu pulang,” tambah remaja berkenaan.
Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara cicak gergasi tersebut di rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam supaya ia tidak mati.

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) China (45) Comel (10) Gadget (17) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) Kreatif (88) Makanan (25) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (29) Uji Otak (9) azizbos (6) barcelona (8) berita (28) besar-besar (14) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) cool (7) facebook (9) gila (29) kereta (21) lawak (73) macam-macam (215) membebel (45) uji mata (6) ujibakat online AF9 (1) video (127)