Kalau ada orang tanya kenapa orang islam sembah kaabah.

Artikel yang bos baru jumpa semasa berblogwalking tadi..jawapan kepada soalan seperti tajuk entri ni.memang logik dan akan mendiamkan sesiapa yang suka mempertikaikan agama kita..hehe..jangan korang bertumbuk sudah..berdialog boleh..
"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" 
 

"Oh... Itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah."   

"Baitullah tu apa?"


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah."   


"Allah ada dalam tu?"  


"Tak..."   


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" 

 
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu."   


"Kamu sembah apa?" 

 
"Saya sembah Allah SWT."  


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"   


"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah."   


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"   


"Pernah. Selalu..."   


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"   


"Tengok perlawanan bola la!"   


"Di mana?"   


"Dalam tv la!"   


"Cuba bukak tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak."   


"Memanglah tak ada... Tapi itukan gambarnya ada."  
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu."   


"Takde. So?"   


"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola. Betul tak?" 

 
"Tak. Aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu."   


"Peliknya." 

 
"Sebab apa pulak pelik?"   


"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa. Yang ada hanya wayar yang berselirat je."  


"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar je, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya." 

 
"Hurm. Jadi tak peliklah ni?"   


"Ya. Tak pelik." 

 
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah SWT, walaupun dalam Kaabah tak ada Allah."


"Erk... Kau betul."


HEHE..

14 comments:

  1. setujuuuuuuuu!!!
    dalam perdebatan kes mcm nie kdg2 perlukan ilmu yg cukup..kalo tak..ternganga tak boleh jwb..(^^,)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. penting info nie..kadang2kalau kawan non muslim tanya soalan macam nie kalau xde ilmu didada susah jugak kan..

    ReplyDelete
  4. jawapan yang bernas.. nanti aku bolehlah bagi jawapan yang sama kat members aku

    ReplyDelete
  5. @mushroom

    sama le..bos tak sabar nak bagi soalan cepu emas ni kat kengkawan ni..hehe..

    ReplyDelete
  6. sbb tu lah islam mewajibkan kita menuntut ilmu..ilmu penuh di dada nnti..sng kalau non muslim tnye mcm2..

    ReplyDelete
  7. jarang aku bagi komen pada blog yang bercerita ttg islam tp dlm blog dia ade jugak topik2 atau benda tak baik dilihat .. sorry :)

    ReplyDelete
  8. hm..suruh orang tu angkat kaabah letak depan rumah dia tengok orang akan sembah kaabah depan rumah dia tu ke tak.

    ReplyDelete
  9. ok, i got an idea, trimas bos

    ReplyDelete
  10. tengok tv tak sama dengan sembah tv lo... channel tv dipancarkan oleh satellite dan hanya untuk ditonton. bukan orang sembah tv.

    ReplyDelete

KATEGORI

1 MALAYSIA (22) 18 tak berapa SX (27) Amaran (22) azizbos (6) barcelona (8) berita (28) besar-besar (14) blog (4) buffered earning (2) canggih (8) China (45) Comel (10) cool (7) facebook (9) Gadget (17) gila (29) Haiwan (26) Informasi (65) Islam (21) Jepun (15) kereta (21) Kreatif (88) lawak (73) macam-macam (215) Makanan (25) membebel (45) Nuffnang (13) Pelik-pelik (49) SEO (2) Sukan (29) uji mata (6) Uji Otak (9) ujibakat online AF9 (1) video (127)